Friday 14 October 2016

Selamat Datang ke De'Pondok Homestay, Sungai Bakap




Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang kepada pengunjung blog De'Pondok Homestay, Sungai Bakap.

Terima kasih kerana sudi memilih homestay kami sebagai tempat penginapan anda.

De'Pondok Homestay menyediakan 2 Unit rumah tumpangan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaan para pengunjung, antaranya adalah:

◆ UNIT 1 ◆

4 bilik tidur (tiga daripadanya dilengkapi dengan penyaman udara) dan 3 bilik mandi + tandas. Keluasan 1440sqft ini mampu memuatkan 12 orang tetamu kerana setiap bilik menyediakan sebuah katil bersaiz queen. Tambahan tilam juga akan disediakan sekiranya perlu.

Selain itu, penginapan anda tidak lengkap sekiranya tiada kemudahan lain melainkan bilik tidur bukan..?

Jangan risau...De'Pondok Homestay juga ada menyediakan kemudahan seperti dapur dan ruang makan yang luas, ruang tamu dan ruang meletak kenderaan yang boleh memuatkan 2 buah kenderaan di dalam kawasan pagar.

Perkakas dapur seperti peti sejuk, thermos air panas, pinggan mangkuk, dapur memasak dan sebagainya turut disediakan.




◆ UNIT 2 ◆

3 Bilik tidur di mana bilik utamanya dilengkapi dengan penyaman udara dan bilik mandi + tandas manakala lagi 2 buah bilik dilengkapi dengan penyaman udara dan berkongsi 1 bilik mandi + tandas. 

Unit rumah yang berkeluasan 1020sqft ini mampu memuatkan 6 orang dewasa kerana setiap bilik dimuatkan dengan katil bersaiz queen dan tambahan tilam (saiz single) juga disediakan sekiranya perlu.




Antara kemudahan lain adalah ruang tamu, dapur, ruang makan, ruang meletak kenderaan, peti sejuk dan sebagainya.


Jika anda berhasrat untuk menginap beberapa hari di sini, pilihan untuk menggunakan perkhidmatan laundry juga ada seperti mesin basuh, ruang mengeringkan pakaian, seterika dan papan seterika.

Kadar sewa yang ditetapkan adalah berpatutan mengikut jenis bilik/Unit rumah yang dipilih:

Harga penginapan 1 malam RM100 - RM250 Sahaja.

(BERGANTUNG KEPADA UNIT RUMAH YANG DIPILIH..)


**Tambahan tilam akan disediakan sekiranya perlu dan bayaran 1 tilam adalah RM10.


Disertakan di sini peta lokasi dan kemudahan yang terdapat di sekitar homestay.